(Anak Syarikat Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia)
 
   
 
 
Profail Korporat
Email Kakitangan .

 
Visitors Counter
counter
 
Hyperlink
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia
Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM)
Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT)
 
 
 
Teknologi Fish Protech
 
 
 
Peneraju Transformasi Industri Akuakultur di Malaysia
 
 
Majuikan Fish Protech
Teknologi Fish Protech ini telah dilesenkan kepada Majuikan Fish Protech Sdn. Bhd. Majuikan Fish Protech terletak di Sepang, Selangor dan telah beroperasi pada bulan Mei 2006.
 
Misi Projek
Menyediakan Malaysia dengan rancangan pembangunan industri akuakultur yang menguntungkan lagi mapan serta menghasilkan :
- Keselamatan makanan.
- Pendapatan eksport.
- Peluang pekerjaan yang stabil.
- faedah sosio ekonomi kepada masyarakat.
 
Trek Rekod
Kemudahan Fish Protech yang pertama telah dibina di West Beach, Selatan Australia pada tahun 1990. Kini, terdapat 16 kemudahan yang telah dibina di Australia mahupun diperingkat antarabangsa. Kesemua pusat penternakan ini masih beroperasi dengan memberi keuntungan hasil pengeluaran kira-kira 20-150 metrik tan setiap tahun. Sehingga hari ini, belum pernah ada kemudahan Fish Protech yang telah memberhentikan operasinya disebabkan oleh masalah kewangan ataupun masalah teknikal. Tiada sistem akuakultur yang dapat menandingi rekod cemerlang teknologi Fish Protech ini.
 
 
Ciri-ciri Teknologi Fish Protech
Teknologi Fish Protech telah direka untuk mengawal setiap aspek dalam proses pengeluaran. Ini adalah untuk menghasilkan produk yang konsisten, boleh dipercayai dan berkualiti tinggi.
Ciri-ciri utama teknologi Fish Protech adalah:
1. Bangunan yang tertutup, untuk memisahkan dari pengaruh persekitaran.
 
2. Sistem kitaran bersepadu direka secara spesifik untuk memaksimumkan pengeluaran ikan.
 
3. Setiap modul mempunyai sistem perawatan air yang mana berfungsi untuk membuang ammonia, nitrat, mikro-organisma dan bahan buangan dari air.
 
4. Modul dan sistem perawatan airnya menggunakan aliran udara untuk mengawal pergerakan air, berbeza dengan pam mekanikal. Ini dapat mengurangkan penggunaan tenaga.
 
5. Hanya 2-3% air yang digantikan bagi setiap modul untuk setiap hari.
 
6. Air buangan akan melalui proses anerobik dan penapisan. Aair ini boleh digunakan semula untuk siraman tanaman.
 
7. Ikan diternak dalam keadaan yang bebas tekanan. Ini akan memaksima pemakanan dan pembesaran ikan.
 
8. Teknologi fish protech tidak memberi kesan terhadap alam sekitar seperti tidak terlepas, ganguan bunyi yang rendah dan tiada bahan buangan.
 
9. Protokol Fish protech hanya membenar penternakan ikan tanpa menggunakan bahan kimia dan antibiotik. Protokol lain termasuk :
- Mengikut garis panduan HACCP.
- Benih ikan disahkan bebas dari penyakit.
- Makanan yang berkualiti.
- Program untuk pelatih.
 
 
 
 
 
 
 
 
Hak cipta terpelihara © 2010  Majuikan Sdn. Bhd.
No. 22 Jalan 4/146, Metro Centre, Bandar Tasik Selatan, 57000 Kuala Lumpur, Malaysia. Tel:+603-9058 5750 Fax: +603-9058 7909